價格:免費
更新日期:2018-10-02
檔案大小:25M
目前版本:1.6
版本需求:Android 4.0.3 以上版本
官方網站:mailto:myapp1701@yahoo.com
Email:https://sites.google.com/view/salisa/home
Kami sertakan transliterasi, bacaan dalam bahasa rumi/latin adalah untuk membantu rakan2 yang baru saja belajar atau yang belum mahir dalam membaca bacaan Al-Quran. Teruslah belajar dengan berguru supaya dapat membaca bacaan Al-Quran dengan tajweed yang lebih tepat. Applikasi AL-MULK ini adalah satu applikasi ringkas yang kami hasilkan sebagai rujukan mudah supaya dapat kita membaca surah ini dengan istiqamah. Ayat-ayat Surah AL-MULK ini adalah berdasarkan pada Al-Quran. Kami sertakan juga ayat-ayat Surah AL-MULK ini dalam ejaan Rumi (transliteration) untuk mereka-mereka yang memerlukannya.
Surah Al Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al-Mulk kerana kata Al-Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti ‘Kerajaan’.
Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al-Mulk.” Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua para pengguna applikasi AL-MULK ini. Harapan kami, semoga dengan membaca Surah AL-MULK ini dengan istiqamah, dapatlah kita menikmati keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya…. Aamiin